Tuesday, November 17, 2009

Kertas Tugasan

Aku ini kan ... cuma ikan bilis. Tapi oleh kerana tugas, aku berkesempatan menyaksikan para pegawai tinggi membuat persembahan tugasan individu mereka semasa Kursus PTK bagi Gred **. Yang aku heran, persembahan kertas tugasan mereka itu banyak yang kena tegur kerana ndak cukup data sokongan dan "authority" ataupun hasil penyelidikan. Bukankah mereka yang pernah mengaji di universitas patut tau perkara-perkara itu diperlukan semasa mereka membentangkan kertas tesis mereka di universitas dulu? Bukankah mereka telah dilatih tentang perkara tersebut? Atau adakah penyediaan tesis sewaktu mengaji dulu boleh di "sub-contract"? untuk disiapkan oleh pihak lain?

Analoginya ... untuk mendapatkan "driving license" kita harus lulus dulu semua ujian teori dan praktikal. Kalau kita cuma diberikan "lesen kopi-O" maka pasti kita BELUM/NDAK berwibawa nyetir mobil dan akan menyebabkan kecelakaan di jalan suatu hari nanti.

Bagaimana jadinya kalau orang-orang yang kononnya 'graduates' tapi ndak berwibawa dilantik memegang jawatan yang penting? Apa akan jadi kepada cara mereka bertugas dan melaksanakan pentadbiran dan pengurusan?

Sakit kan? kan? kan? Iya kan?

Thursday, October 15, 2009

Anjing


Ini anjing! Garang anjing ni. Tapi aku mau kalian paham sikap anjing. Anjing kalau dengan bisingnya menyalak, ndak perlu takut .. karna dia ndak akan menggigit. Bunyinya saja bising! Tapi kalo dia sudah diam, kepala tunduk dan cuma "growling" ... awas .. pasti udah nekad dia mau menggigit!!


Aku rasa akupun macam anjing. Kalau mulut aku bising marah-marah, bukannya marah sampai kiamat. Nanti akan sejuk sendiri. Tapi kalo aku sudah diam dan ndak mau ngomong atau bikin komentar walau tentang perkara yang menyangkut soal hidup dan mati ... awas .. pada waktu itu aku pasti sedang merancang sesuatu untuk membinasakan orang!!


Hehehehehehe! Ndak bagus kan?

Tuesday, September 8, 2009

Dari isteri untuk isteri

Masih bulan Ramadhan ni .. makanya aku mau nulis tentang topik yang aku ndak pernah sentuh, tapi yang jelas .. perkara yang baik-baik! Terus terang ini bukan aku yang nulis. Yang nulisnya adalah wanita yang bergelar "isteri", didedikasikan khusus juga kepada semua insan yang bergelar "isteri". Silakan membaca go-blog aku ini ...

Adakah syarat untuk isteri patuh kepada suaminya? Adakah perlu suami itu mengikut dulu kehendak isteri, baru isteri wajib patuh? Adakah perlu agar suami itu menjadi suami soleh yang menjiwai perwatakan junjungan mulia baru si isteri wajib tunduk? Adakah perlu untuk suami mempunyai ketampanan sosial dan fizikal baru kita menjadi isteri yang taat?

TIADA! Langsung tidak terdapat dalam mana-mana hadis atau ayat Al-Quran yang menyatakan sedemikian. Cumanya, diajar dan dididik kita melalui sunnah rasul dan ajaran Tuhan agar kita masing-masing menjadi hamba Allah yang sebaik-baiknya. Lantas, walau siapa dan apapun akhlak suami kita, apabila kita memilih untuk menjadi seorang isteri, akurlah kepada peranan seorang isteri.

Apa peranan isteri?

Pernah datang seorang perempuan kepada Rasulullah bertanyakan apakah hak seorang suami kepada isterinya? Jawab junjungan, (secara mudahnya ) andai kaki suami itu bernanah sekalipun dan disapu oleh isterinya dengan wajahnya, masih belum tertunai besarnya hak suami atas isterinya. ( jangan sekali-kali berhujah di sini, “asyik-asyik hak suami sahaja yang dipertikaikan, hak isteri bagaimana?” - andai ini dilayan, kita akan sakit hati dan merasa, “ahhh, dia tak tahu jalankan tanggung jawab sebagai suami, apa pula aku nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri! Bagus dua-dua ketuk pintu neraka!” ) Maka jahanamlah rumahtangga!

Maka, jalankan tanggungjawab kita sebaiknya, inilah amalan dan ibadat kita atau sedeqah jariah kita yang akan dihisab oleh Allah swt di padang mahsyar nanti. Inilah penentu sama ada kita penghuni syurga atau neraka.

Jangan sekali-kali dilayan bisikan atau perkataan negatif yang kita ucapkan dalam hati. Apabila bercakap sahaja hati kita dengan cakapan yang berbau sakit hati, dendam kesumat, membanding-bandingkan layanan suami atau sebagainya, cepat-cepat istighfar, maka serta-merta kita akan kembali positif.

Ingatlah omongan hati yang negatif datang dari syaitan, dia mengalir dalam diri kita mengikut aliran darah. Makin kita marah, makin kembang aliran, makin kuat emosi negatif kita. Oleh itu, perasaan marah contohnya, selain membuat kita penat dan menjadikan situasi makin teruk, ia juga mengundang penyakit.

Oleh yang demikian, jadilah isteri yang terbaik kepada suami yang apapun dia, penyangak? perompak? imam? Atau lainnya! Ingatlah Asiyah isteri firaun. Dia isteri kepada lelaki yang teramat jahat dan kejam hingga mengaku dirinya tuhan, tetapi Asiyah tetap memberi khidmat yang terbaik. Kerana itu dia dijanjikan syurga oleh Tuhannya. Kita? Adakah suami kita sejahat firaun? Kalau jawabannya "tidak", lantas apa yang mengekang kita daripada taat dan patuh kepada orang yang ditingkatkan darjatnya oleh Allah itu sendiri?

Taatlah perintah Allah, solat puasa dan taat kepada suami .. anda sebagai isteri bisa masuk ke syurga mengikut mana-mana pintu yang anda pilih. Taatlah perintah Allah, solat dan puasa tapi sakitkan hati suami dan jangan patuh kepadanya .. janganlah mengharap masuk ke syurga, kerna wangian syurga sajapun tidak bisa kita cium.
AKU TABIK KEPADA WANITA YANG NULIS ARTIKEL INI!

Friday, August 21, 2009

Business di Internet?

Sebelumnya aku cerita lebih lanjut .. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua. Aku mau cerita betapa internet sering diperalatkan oleh manusia yang begitu pinter meraih untung! Internet digunakan untuk business, MLM, jual-beli dsb. dsb.

Nah .. dunia kini menghadapi ancaman penularan wabak H1N1. Sering saja aku baca di internet atau menerima e-mail tentang bagaimana ada jenis-jenis makanan yang bisa membantu kita menghindarkan diri daripada ketularan wabak berbahaya tersebut. Antaranya ada yang nyuruh makan buah apple banyak-banyak (akibatnya buah apple jadi laris jualannya!); pagi ini aku terima e-mail yang penjualan jintan manis di beberapa tempat meningkat gara-gara kononya jintan manis dicampur dengan air suam boleh membantu dalam perkara yang sama. Besok-besok mungkin ada yang mendakwa bahawa memakan telur kambing, kaki ular, telinga ayam dan tanduk kucing juga bisa mengobati H1N1. Pasti nanti kambing, ular, ayam dan kucing bisa pupus dari muka bumi gara-gara jadi korban manusia untuk mengobati penyakit!!

Hmmm ... aku tiba-tiba punya ide ni! Nanti aku mau sebarluaskan dalam internet dan e-mail bahawa satu-satunya cara untuk mengekalkan kecantikan dan ke-sexy-an tubuh wanita adalah dengan bersuamikan orang Jawa! Hehehehehe .. pasti selepas itu ramai sekali gadis-gadis dan janda-janda serta balu-balu yang sexy dan mulus (preferrably juga kaya) akan melamar aku untuk dijadikan suami! Dan ndak ada lagi pria Jawa yang hidup dalam kesepian karna ndak punya istri!!

Bagaimana dengan ide business aku ini? Aku rasa para mahasiswa, dokter falsafah, para insinyur, arsitek, menteri, presiden dan saintis juga ndak pernah terfikir ide yang seperti ini!! Kadang-kadang aku merasakan aku ini lebih pinter daripada mereka yang punya Ph.D, MBA, B.sc, UBI, KAYU, dsb. dsb. Kerna punya kepinteran yang begini .. aku rasa aku mau tukar karier .. mau jadi Jawa Terbang!! Ok kan? kan? iya kan? Selamat berpuasa kepada ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian.

Saturday, August 15, 2009

Sebab Musabab

Sorry aaa? Lama aku ndak nulis. Kepala aku lagi pusing ni mikirin suatu masaelah kehidupan! Kenapa ya .. kalo seseorang itu menabur budi, bikin perkara baik .. seperti membina jambatan untuk kegunaan warga desa, atau tolong membersihkan tandas awam, atau menyelamatkan bumi daripada ditakluki oleh aliens dari angkasa lepas; perbuatan baiknya itu akan segera dilupai. Selepas dua tiga hari perkara itu sudah dianggap biasa-biasa saja .. dan ndak ada lagi orang yang menyanjung kehebatannya.

Tapi ... jika sekali orang itu berbuat silap .. contohnya dia memperkosa kambing di padang sepakbola bi bawah sinar panas mentari siang .. waduuuuh ... perkara itulah akan paling diingati oleh seluruh warganegara. Malah akan disebut-sebut setiap hari sehingga dunia ini hancur lebur!
Bukankah setiap orang yang bergelar manusia berhak melakukan sekurang-kurangnya satu kesilapan dalam hidupnya? Apakah satu kesilapan dalam hidupnya itu bisa men-delete semua kebaikan, pengorbanan dan perhambaannya selama bertahun-tahun kepada masyarakat?
Mengikut logika .. tiada sesuatupun bisa terjadi di jagat ini tanpa penyebab. Orang melakukan kesilapan pun pasti ada penyebabnya.

Bangunan megah runtuh disebabkan foundation-nya ndak kukuh; ikan hangus dalam kuali kerna digoreng terlalu lama; air di kali bisa kering akibat kemarau yang berpanjangan; mobil mogok jika kehabisan bensin; dan orang bisa bertindak di luar jangkaan jika kesabarannya sudah habis!!

Iya kan? kan? betul kan?

Monday, July 27, 2009

BERBALAS PUISI??

Seseorang telah mengirimkan puisi berikut kepada aku melalui e-mail; yang aku rasa adalah suatu puisi yang merupakan penghinaan kepada kaum lelaki!! Tajuk puisi itu ialah APABILA SUAMI HANTAR PUISI KEPADA ISTERI MEMOHON KEBENARAN UNTUK KAWIN LAGI!

Isteriku
jika engkau bumi
akulah matahari
aku akan menyinarimu kerna engkau mengharapkan sinaran dariku
Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku
Lantas aku ingat suatu hal
bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku
Lalu ..
relakanlah aku menyinari planet lain
menyampaikan faedah adanya aku
kerna sudah takdir Illahi
sinaranku diperlukan di planet lain!

Lantas ini puisi balas oleh si isteri:

Suamiku,
andai kau memang mentari
sang surya yang memberi cahaya
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah tuhan ciptakan
kerana mereka juga seperti aku .. perlukan cahayamu
dan akupun tidak akan merasa kekurangan dari sinaranmu
AKAN TETAPI
Jika kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt
janganlah mimpi menyinari planet lain!
kerana kamar tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi
Lihatlah dirimu di cermin di sudut kamar kita
di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti
cuba lihat siapa dirimu?
Mentari atau lilin?
atau jangan-jangan cuma mancis!!
Pleaselah ... Jangan banyak angan-angan!!

Aku sih jadi penasaran dan jengkel membaca puisi si istri itu!! Lantas walaupun aku bukan sasterawan kayak A. Samad Said dari Malaysia, atau Pak Hamka dan Rendra dari Indonesia, namun aku berusaha juga menulis puisi berikut sebagai jawaban penghinaan dari sang isteri itu!

Aduhai mancis
sebatang kayu kecil dengan ujung yang bulat
yang cuma menyala jika digosok pada tepi kotaknya yang kasar
Betapa engkau dihina .. hanya kerna kau murahan, berdomisil dalam kotak yang kecil
dan jika udah basah .. langsung ndak bisa menyala lagi

Namun Melayu mudah lupa
itukan sifatmu jaman dulu .. jaman kuda makan tembaga
kan jaman kini udah berobah?
Kuda udah makan beefsteak
Ninja Turtles makan pizza
dan orang makan orang!

Kau juga udah berobah
dari sebatang kayu kecil yang hina
kini kau bergelar Lighter
berjenama ..
RONSON, ZIPPO, DUNHILL, Mont Blanc .. You name it man!

Apimu kini bisa membakar hebat
hanya dengan cetusan api listrik yang kecil
dan dengan upgrade terkini
apimu tak bisa padam, walau ditiup ribut Greg
yang memusnahkan Keningau pada Disember 1996!

Hayo mancis cilik!
Buktikan keunggulanmu
walau kau dibilang agresif
persetan sama komentar yang negatif
kau ndak perlu reaktif .. terusin dong proaktif
orang lain pasti pada sensitif, karna prejudis yang subjektif

Cili padi juga cilik
tapi kalo dimakan .. terasa dong kayak terkena renjatan listrik!!
Iya kan? kan? kan? betul kan? kan? kan?
Dasar istri ndak tau diri!

Saturday, July 11, 2009

Pembantu Rumah

Baru-baru ini pemerintah Indonesia bilang ndak mau sudah benarkan rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia kan? kan? Isunya .. ramai yang jadi korban keganasan majikan. Kesian jugalah mereka itu. Udah penat kerja; nyapu, ngepel, nyuci kain, jemur kain, angkat kain, lipat kain .. malah kadang-kadang buka kain! Waduh ... gawat!!

Pada pendapat akulah .. aku rasa isteri majikan sebenarnya yang ndak tahan dengan kewujudan pembantu rumah dari Indonesia di rumah mereka. Lantas lama-lama mereka membenci para pembantu rumah itu dan mulalah memukul mereka dsb. Bukannya kerna para pembantu rumah itu malas atau ndak pandai bekerja; malah sebenarnya terlalu efficient dalam meladeni keluarga mereka .. termasuk suami mereka!! Aku sering dong bikin pemerhatian sendiri keadaan keluarga di Malaysia sekarang ini. Selain suami, isteri juga bekerja di kantor .. malah ada yang position mereka di kantor lebih tinggi daripada sang suami. Lama-lama mereka sudah biasa memberikan arahan di kantor kepada karyawan bawahan mereka, sehingga kalau di rumah sudah rasa terhina kalau menerima arahan dari suami! Kalo suami minta kopi .. disuruh bikin sendiri. Suami mau ditemenin nonton TV .. isteri pula sibuk dengan tugas penting yang dibawa pulang dari kantor. Suami mau #%$&, isteri pula sudah capek alias penat! Bayangin dong siksanya sang suami memendam perasaan!

Nah .. dengan adanya pembantu rumah dari Indonesia, si suami ndak rasa kesunyian lagi. Sering saja ditanya oleh pembantu, "Bang, mau kopi ya? Saya bikin ya?" .. "Bang, bajunya udah saya sedia'in .. tu ada atas katil" .. "Bang, ibu belum pulang ya? Mau saya temenin nonton TV?" Dan yang lebih gawat lagi, "Bang, kok murung terus? Kepalanya pusing ya? Saya pijitin ya?" Naaah ... isteri mana yang bisa tahan kalo suaminya udah seneng sama pembantu? Salah siapa kok sebenarnya?

Dulu aku juga pernah ada pembantu rumah dari Indonesia. Orang Jawa. Namanya mbak Sumiati. Pinter masak. Pinter bikin segala macam kerja di rumah, sangat prihatin ... dan rajin banget! Aku cukup puas hati dengan servis-nya. Tapi yang bikin sebel .. baru satu minggu kerja sudah dipecat oleh bini aku!! Aku pun ndak tau kenapa! Teganya dia memecat pembantu yang begitu rajin dan bekerja dengan baik! Kasian deh! Ntah di mana mbak Sumiati sekarang.

Di bawah ini fotonya mbak Sumiati .. yang pada waktu itu sedang cuci kain di rumah aku. Kalo anda tau di mana dia berada sekarang, tolong kasi tau aku ya? Aku kangen banget dong sama dia.

Sumiati